Bonjour, gaya Petit Moi

Bonjour, gaya Petit Moi

Sulaman bunga violet tampil lembut, sesuai untuk gaya santai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Malaysia tidak lagi sekadar memerhati fesyen. Kini, kita melangkah penuh gaya, memilikinya dan menulis semula peraturan di pentas fesyen global.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kita lihat selebriti dan pempengaruh tempatan seperti Hael Husaini, Alvin Chong dan Ameera Khan, melangkah penuh gaya di acara fesyen antarabangsa dari Men’s Fashion Weeks di London, Milan dan Paris, hinggalah ke Haute Couture

Week di kota penuh magis, Paris. Bukan calang-calang mereka pakai, tapi tastefully curated dengan penuh aura dan karisma. Apabila mereka muncul, setiap mata pasti memandang. Malaysia bukan saja ada bakat tetapi kita ada stail.

Tetapi, mari kita cakap tentang jenama tempatan yang layak berdiri setanding di pentas antarabangsa iaitu Petit Moi. Minggu ini, dua rekaan mereka mencuri hati saya dan pastinya almarimu juga. Percayalah, kamu akan jatuh cinta.

Pertama, kemeja Contessa in Violet dari siri The Art of Florals. Oversized tapi rapi, dihiasi sulaman bunga violet yang lembut tapi memberi makna.

Ia mengingatkan saya yang floral tidak pernah basi, ia hanya perlukan nafas baharu.

Gayakan dengan seluar linen putih berpotongan wide-leg, loafers nude dan skaf ikat leher untuk membangkitkan aura Parisian It Girl. Gayakan dengan kaca mata hitam dan kamu sudah sedia untuk bersantai di Bangsar atau berangan di tepi Seine di Paris.

Kedua, satu lagi kegemaran saya adalah blaus ANxPM Alessa Picot yang baharu dilancarkan.

Ia seperti surat cinta kepada gaya feminin klasik dengan sentuhan moden yang tak membosankan.

Diperbuat daripada linen kapas lembut, ia bukan sahaja selesa dipakai sepanjang hari, tetapi juga menonjol dengan potongan blaus klasik berlapel dan butang di bahagian depan.

Perincian picot di keliling memberi sentuhan feminin yang halus tetapi mewah.

Tips saya, gayakan Alessa dengan skirt midi berlipat dan tumit tinggi kitten untuk efek romantik yang lembut.

Sesuai untuk hari kerja yang penuh mesyuarat atau janji temu petang dengan diri sendiri. Hendak buatkan ia lebih edgy? Masukkan ke dalam seluar jeans high-waist, tambah but dan beg struktur. Terus dirimu menjadi très chic dengan gaya santai menawan.

Satu perincian yang membuatkan hati saya cair adalah sulaman halus di bahagian belakang blaus. Macam bisikan halus yang mengingatkan kita,kamu sentiasa mekar, sentiasa berkembang menjadi dirimu yang sebenar.

Dalam dunia fesyen yang kadang terlalu bising dengan trend sementara, dua helaian dari Petit Moi ni adalah kemewahan senyap versi Malaysia.

Cantik, selesa dan penuh makna. Sesuai dengan era sekarang di mana gaya bukan lagi tentang harga, tetapi tentang siapa dirimu dalam setiap helaian yang dipilih.

Jadi, apabila hati terdetik hendak mengubah gaya, tidak perlu pun tiket penerbangan ke Paris.

Cukup dengan memilih jenama seperti Petit Moi.

Dalam dunia yang penuh jeritan trend dan gaya sementara, percayalah gaya yang halus memberi impak cukup besar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN