Siapa sangka, anak ayam yang dipelihara sebagai ternakan kini menjadi haiwan kesayangan sebuah keluarga dari Sri Aman, Sarawak. Pemiliknya, Clasrisa Jerom tidak pernah menyangka akan memanjakan haiwan lain selain tiga ekor kucingnya. Ayam jantan yang dinamakan Pannuel itu dijaga sejak 2021 dan kini usianya mencecah empat tahun. “Pannuel tidak takut dengan manusia, apabila namanya, dipanggil, ia terus meluru datang. “Mula-mula saya agak pelik dan tidak sangka ayam pun pandai bermanja,”…