Saat kita melangkah ke bulan Ramadan, ada sesuatu yang begitu istimewa tentang persiapan menuju Syawal, bukan sekadar soal juadah berbuka, tetapi juga bagaimana kita ingin mengekspresikan diri melalui fesyen. Raya bukan hanya tentang pakaian baharu, tetapi tentang meraikan keanggunan diri dengan penuh makna.
Tahun ini, kita menyambut semangat feminin dan romantisme yang abadi dengan koleksi The Jardine daripada jenama tempatan Zora Designers.
Salah satu pilihan terbaik daripada koleksi ini adalah Chantelle Top dan Skirt dengan warna krim. Kalau dirimu suka look yang feminin tapi masih boleh digayakan dengan cara berbeza, ini pilihan yang tepat.
Top ini dibuat daripada fabrik ringan dengan corak jalur halus yang jatuh cantik bila dipakai. Tidak perlu risau nampak terlalu kaku atau berat. Detail reben di leher dan lengan beralun memberikan vibe klasik yang manis.
Ini adalah baju yang membuatkan dirimu merasa feminin tanpa menjadi terlalu ‘wanita’, romantik tanpa nampak terlalu lembut. Nak nampak lebih kasual? Tukar skirt kepada seluar palazzo atau seluar tailored berpinggang tinggi dan padankan dengan beg clutch berwarna pastel dan kasut tumit blok untuk keselesaan maksimum sepanjang hari. Sama ada dirimu mahu tampil santai atau lebih dressed up, Chantelle Top membuktikan bahawa gaya romantik tidak perlu kelihatan terlalu berusaha.
Bagi yang suka gaya lebih klasik dengan sentuhan moden, Celeste Kurung dalam warna Midnight adalah pilihan wajib cuba. Diperbuat daripada renda berkualiti tinggi dengan potongan lengan beralun dan pinggang peplum, kurung ini memberi bentuk yang sangat flattering.
Tidak terlalu ketat, tidak terlalu longgar. Gaya ini akan membuatkan dirimu nampak classy tanpa perlu aksesori berlebihan. Bila dipakai, rasa seperti sedang melangkah dalam filem lama yang penuh elegan. Ada sesuatu yang sangat chic, dreamy dan effortlessly romantik tentang rekaan ini.
Tapi jika ingin tambahkan sedikit statement, gayakan dengan subang emas kecil, kasut tumit tinggi dalam warna champagne atau nude dan beg sling structured untuk keseimbangan antara moden dan tradisional.
Apa yang best dengan koleksi ini ialah versatility. Tidak kisah sama ada dirimu ke rumah terbuka, majlis keluarga atau sesi OOTD, wajib sebelum makan lemang, setiap helaian dari Zora Designers digayakan ikut personalitmu.
Ini adalah koleksi yang mengingatkan kita bahawa keanggunan sebenar bukan sekadar dalam rekaan, tetapi suai padanmu. Raya tahun ini, mari jatuh cinta kembali dengan gaya feminin, romantis dan tonjolkan kecantikan melalui keyakinan.-UTUSAN










