Kucing hasil kacukan baka Scottish Fold tempatan dan American Shorthair, yang diberi nama Nur Luna atau lebih mesra dipanggil Luna semakin meraih tumpuan di aplikasi TikTok. Badannya yang gempal dan gebu serta wajahnya yang comel menjadi kesukaan ramai pencinta kucing. Pemiliknya, Siti Fatimah Karimah, 31, berkata, tatkala menginjak usia dua tahun, kucingnya itu mempunyai selera makan yang luar biasa. Luna gemar makan tanpa mengira waktu, sehingga badannya semakin membesar. “Selain…