SEBELUM ini, kebanyakan masanya dihabiskan dengan rutin-rutin lazim seperti memasak, mengemas dan menguruskan anak sahaja. Lama-kelamaan, jiwanya dihimpit kebosanan apatah lagi menghuni di kawasan kuarters Estet Asahan di Melaka yang jauh dari bandar. Enggan situasi itu berlarutan, Wan Nadia Syakira Wan Zulkifli, 29, memilih aktiviti berkebun bagi mengisi masa terluang di rumah. Langkah pertamanya bermula dengan menanam anak pokok kari dan kesum yang dibawa dari kampung halaman di Terengganu, pada…