Bag charms atau perhiasan beg sebenarnya bukanlah fenomena baru. Sejarahnya bermula sejak abad ke-19 apabila aksesori kecil seperti kunci dan loceng dijadikan hiasan untuk beg tangan. Namun, ia mula mendapat perhatian meluas apabila jenama mewah seperti Louis Vuitton dan Chanel memperkenalkan versi moden yang berkilauan dan elegan. Sejak itu, perhiasan ini menjadi aksesori fesyen wajib dimilik dan digemari oleh selebriti serta ikon fesyen seperti Chiara Ferragni, Kendall Jenner dan Neelofa.…










