SEBUT sahaja Bandung, sudah semestinya kota metropolitan ini digambarkan sebagai syurga beli-belah oleh pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke Jawa Barat, Indonesia. Sepanjang tiga malam di sini bagi memenuhi jemputan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang, penulis menyedari bahawa ibu kota yang mendapat jolokan ‘Parijs van Java’ (Paris Van Java) oleh Belanda itu sebenarnya bukan sekadar lokasi untuk berbelanja semata-mata, sebaliknya, ia turut menawarkan pelbagai keistimewaan menerusi…