RAMAI yang tidak tahu, ketika beliau sedang berjuang untuk bergelar juara dunia, pemain boling negara ini sebenarnya sedang bergelut dengan perasaan pilu. Sebulan sebelum berangkat ke Kejohanan Tenpin Boling Dunia pada tahun lalu di Salmiya, Kuwait, bonda tercintanya, disahkan mengalami kanser pankreas. Hatinya tidak keruan ketika meninggalkan insan yang dicintainya itu. Namun tidak mudah menyerah kalah dan larut dalam perasaan yang tidak menentu, Natasha Mohamed Roslan, 28, tetap memberikan tumpuan…