Kayu jadikan ruangan lebih indah

Kayu jadikan ruangan lebih indah

RUANGAN dapur banyak mengetengahkan unsur kayu dan hasil kraftangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REKAAN dalaman yang ditambah dengan unsur-unsur kayu pastinya akan menjadikan ruangan lebih unik dan menarik.

Perabot berasaskan kayu misalnya memiliki nilai estetikanya yang tersendiri menjadikan ruangan kelihatan lebih indah.

Seperti kediaman yang satu ini, mengetengahkan banyak perabot berunsurkan kayu dan kraftangan kayu untuk membangkitkan suasana ruang lebih semula jadi.

Pemiliknya, Nurulhazwani Mohd. Rafiee berkata, kebanyakan perabot di kediamannya itu menggunakan jenis kayu pain untuk menyerlahkan lagi konsep yang dipilih iaitu gabungan Scandinavian dan Rustik.

Scandinavian mengetengahkan konsep semula jadi dengan menggunakan perabot berasaskan kayu manakala Rustik pula pula lebih kepada dekorasi seakan lama atau lusuh.

“Konsep rumah sejujurnya tiada konsep yang spesi k, tapi ia merupakan gabungan elemen Scandinavian dan juga elemen Rustik. Ia juga merupakan kombinasi konsep moden minimalis dan juga sedikit elemen tradisional.

“Saya dan suami memilih konsep tersebut kerana kami suka konsep moden, ringkas, minimalis dan menggunakan warna-warna neutral.

“Pada masa sama kami sangat sukakan elemen-elemen kayu dan tradisional serta menghargai hasil-hasil kraftangan dan kerja kayu,” katanya kepada Seri.

RUANG tamu tampak nyaman dengan padanan kayu dan rona aksesori yang lembut.

SUAI PADAN

Kediaman indah berkeluasan 1,908 kaki persegi itu banyak menggunakan kaedah suai padan dalam menatarias ruangan.

Kata Nurulhazwani, bagi rekaan perabot yang bersesuaian dengan konsep dan mengikut citarasa, dia dan suami memilih untuk menempah khas sebahagian daripada perabot yang digunakan.

Antaranya, kabinet, barn door dan kerusi panjang.

“Reka bentuk perabot tersebut merupakan inspirasi daripada Pinterest dan kami upah tukang kayu untuk hasilkan
mengikut reka bentuk kami pilih.

“Hiasan pula kami cuma gunakan yang minimal untuk setiap ruang. Antara barang hiasan kami gunakan seperti bakul hasilkraftangan, pasu seramik, pokok hiasan dan pokok hidup,” jelasnya.

BARN door menyerlahkan lagi estetika dan keindahan kayu.

SKIM WARNA

Pasangan ini mengambil masa dua tahun melengkapkan konsep berkenaan.

Secara keseluruhan, kediaman itu banyak menggunakan elemen kayu pada keseluruhan ruang dan dipadankan dengan
aksesori dan dinding rona neutral.

Sekali gus, ia membangkitkan suasana tenang dengan penataan yang ringkas dan minimalis.

Susun atur dan juga padanan elemen kayu bersama elemen lain tampak menyatu dalam satu ruangan apabila rona yang digunakan tidak begitu keterlaluan.

Kontra daripada segi warna juga tidak banyak, menjadikan ruang nampak tenang dengan rona warna senada.

“Kami akan pastikan pemilihan warna mengikut skim warna konsep rumah kami dan tidak lari daripada rona-rona asas seperti krim, putih, hitam atau kelabu serta warna-warna berunsur kayu.

“Daripada segi penjagaan pula, sejujurnya agak sukar mengekalkan konsep ringkas dan minimalis kerana lumrah manusia sukakan barang perhiasan cantik.

“Tapi kami cuba letakkan peraturan setiap barang baharu yang masuk mesti lepaskan barang yang lama,” katanya.

NURULHAZWANI Mohd. Rafiee bersama suami.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN