Pusat hiburan pelakon ditahan beroperasi tanpa lesen

Pusat hiburan pelakon ditahan beroperasi tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat hiburan yang menjadi lokasi penahanan seorang pelakon wanita yang membintangi drama polis terkenal dalam serbuan awal pagi tadi didapati beroperasi tanpa lesen.

Serbuan Op Noda itu dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pukul 3.15 pagi.

Menurut sumber, pelakon wanita itu ditahan di dalam salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain.

“Ujian saringan awal ke atas pelakon berusia 40 tahun terbabit mendapati dia positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati premis terbabit gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah,” katanya.

Sumber berkata, dalam serbuan itu seramai 14 orang ditahan terdiri penjaga premis, tujuh lelaki dan enam wanita.

“Difahamkan ketika serbuan juga ada yang mempunyai rekod jenayah lampau dan masih dikehendaki.

“Premis terbabit juga menjual minuman keras tanpa lesen dan kesemua mereka kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan pelakon wanita yang membintangi drama polis terkenal ditahan selepas disyaki positif dadah methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan penahanan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN