Sikap suami punca isteri ‘overthinking’?

Sikap suami punca isteri ‘overthinking’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERFIKIR secara berlebihan (overthinking) sememangnya sinonim dengan wanita terutamanya yang bergelar isteri.

Pelbagai perkara difikirkan dengan begitu mendalam sehingga mencetuskan kebimbangan berlebihan.

Tambahan pula pada ketika ini tular di sana sini mengenai kes sondol-menyondol suami orang di media sosial yang pastinya menyebabkan kadar kebimbangan itu semakin meningkat.

Menurut Konsultan Psikiatris Columbia Asia Hospital Puchong, Dr. Aida Harlina Abdul Razak, berfikir secara berlebihan berkait dengan isu kesihatan mental kerana ia adalah salah satu simptom yang umum bagi masalah depresi atau keresahan (anxiety).

“Berfikir berlebihan merupakan suatu kecenderungan ketika seseorang itu menghabiskan banyak waktu untuk memikirkan hal tertentu dengan berlebihan dan berulang-ulang.

“Kaum wanita lebih berkecenderungan untuk berfikir berlebihan berbanding lelaki.

“Bagi jangka masa tertentu, ia adalah perkara biasa untuk berfikir berlebihan selagi tidak menjejaskan fungsi seseorang,” katanya kepada Seri.

Ketika berfikir secara berlebihan, seseorang mengalami kesulitan untuk fokus kepada hal lain selain hal yang difikirkannya.

Sekiranya perkara ini berlanjutan, ia boleh mengganggu kesemua aspek kesihatan baik daripada segi emosi, fizikal dan mental kerana kesemuanya adalah berkait rapat antara satu sama lain. Kata Aida, bila kita terlalu ber kir,  kiran akan jadi tidak tenang lantas membawa
kepada susah tidur.

“Bila tidur tidak cukup, banyak impak berlaku seperti kurang fokus, kurang konsentrasi dan kurang prestasi,” jelasnya.

Dalam konteks rumah tangga, berfikiran keterlaluan boleh merisikokan perhubungan antara suami isteri memandangkan berfikir berlebihan
mengakibatkan emosi dan pemikiran tidak stabil.

“Apabila ini berlaku kita akan cepat marah. Perkara kecil pun kita akan cepat terasa. Suami salah sikit pun kita akan marah lebih-lebih.

“Padahal kalau sebelum ini semasa emosi kita stabil, kesalahan yang sama kita tak kisah pun,” ujarnya lagi.

Tegasnya, perkara itu perlu diambil serius kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan perbalahan dan risiko keretakan rumah tangga.

AIDA HARLINA ABDUL RAZAK

DAPATKAN RAWATAN

Aida menyarankan pasangan sentiasa peka dengan perubahan diri supaya keadaan kesihatan mental dapat dikenalpasti dengan kadar segera.

Terutamanya apabila ia mula mengganggu kehidupan harian sama ada daripada segi kefungsian kerja sehingga individu tidak produktif.

“Keadaan berfikiran secara berlebihan juga perlu diambil serius sekiranya sudah mengganggu kefungsian sosial.

“Misalnya, tidak boleh berkomunikasi atau berhubung dengan baik dengan rakan-rakan seperti dulu,” katanya.

Berfikir berlebihan turut mengurangkan minat individu untuk menyertai aktiviti sosial kerana kesukaran mengawal pemikiran.

Aida turut mengingatkan individu untuk tidak malu mendapatkan rawatan.

“Hapuskan stigma terhadap kesihatan mental. Sayang diri dan pergi dapatkan rawatan. Tolak pemikiran bahawa bila jumpa doktor pakar psikiatri, seseorang itu ‘gila’,” katanya.

ISU KEPERCAYAAN

Kaunselor Berdaftar, Mohd. Zuhdi Zakaria berkata, berfikir berlebihan dalam konteks rumah tangga boleh berlaku keranatimbulnya isu kepercayaan.

Katanya, kadangkala ia berpunca daripada sikap suami yang menimbulkan syak wasangka dalam diri isteri.

“Perkara ini boleh terjadi sebab lelaki lemah dan tidak berusaha untuk menambahkan ilmu rumah tangga.

“Isteri boleh jadi berfikir berlebihan kerana suami sering tidak jawab telefon, sembunyikan kata laluan telefon dan sebagainya.

Perkara-perkara ini walaupun dianggap kecil tetapi sebenarnya menjadi penyumbang kepada prasangka isteri.

“Malah, kewujudan pelbagai cerita kecurangan suami orang di media sosial pada hari ini, turut menambahkan lagi kebimbangan isteri jika ada berlaku situasi-situasi seperti disebutkan ini,” jelasnya.

Daripada sudut isteri pula, Mohd. Zuhdi yang juga Pengasas Klinik Kaunseling Zuhdi Zakaria dan Sky Counselling Clinic berkata, penting untuk memahami bahawa rumah tangga adalah sesuatu yang ‘rapuh’.

MOHD. ZUHDI ZAKARIA

Bagi menjadikannya utuh, isteri seharusnya bersikap terbuka dalam menerima kekurangan dan kelebihan suami bagi mengurangkan isu berfikir berlebihan.

“Hendak urus fikir secara berlebihan ini, kena letak keutamaan pada Allah.

“Bukan melibatkan soal curang sahaja kerana kadang-kadang isteri berfikir berlebihan kerana kekurangan suami yang lain seperti tidak buat kerja rumah seperti yang diharapkan dan sebagainya.

“‘Pejam mata’ sahajalah jika ada kekurangan sedikit pada suami dalam menguruskan rumah. Tidak perlu selalu mencari salah
supaya jiwa sendiri boleh tenang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN