MENU ringkas ala sarapan Barat yang mudah dihidang tanpa mengira masa bagi mereka yang meminati hidangan bertemakan roti.
Juga boleh dijadikan alternatif bagi ibu bekerja yang ingin menyediakan hidangan cepat dan ringkas tetapi mengenyangkan untuk anak-anak.
Resipi sumbangan Noor Haslindah Abd. Rahman ini sesuai dijadikan menu sarapan, ataupun kudapan bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping roti
- Hirisan ayam (chicken slice)
- Sebiji telur
- Daun salad
- Sos cili
- Sos mayonis
CARA PENYEDIAAN
- Bakar roti sehingga perang untuk lebih kerangupan
- Panggang hirisan ayam
- Gorengkan telur
CARA HIDANGAN
- Di atas sekeping roti yang telah dibakar, sapukan dengan sos cili.
- Letakkan telur yang telah digoreng di atas dan tambahkan sekeping lagi roti.
- Sapukan sos mayonis dan letakkan daun salad.
- Kemudian, letakkan hirisan ayam yang telah dipanggang.
- Akhir sekali, letakkan kepingan roti terakhir di atas.
– Pilihan protein dan sayur adalah terpulang kepada citarasa.
– Boleh juga menggantikan sos dengan aneka yang lain mengikut kesesuaian










