Siakap bakar rimba dan air asam puncak

Siakap bakar rimba dan air asam puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMASUKI minggu kedua Ramadan, barangkali ada segelintir wanita yang sudah ketandusan idea mahu memasak apa di rumah.

Lantaran, suami dan anak-anak pula mengadu jemu dengan hidangan bergoreng atau bercili ketika berbuka.

Bagi yang ketandusan idea, Seri kongsikan resipi istimewa siakap bakar rimba dan air asam puncak untuk dicuba pada hujung minggu ini.

Aroma wangi dan keenakannya pasti dapat menambat hati serta membuka selera seisi keluarga.

SIAKAP BAKAR RIMBA

Bahan utama
1 ekor ikan siakap (bersihkan
dan buang tulang)
BAHAN SAMBAL
200 gram cili kering (dikisar)
60 gram udang kering
100 gram santan sawit
2 biji buah keras
6 biji bawang
merah
2 ulas
bawang
putih
2
batang serai 2 hiris lengkuas
5 helai daun limau purut
(dihiris kasar)
1 helai daun pisang
2 biji limau kasturi
Minyak untuk tumisan
Garam secukup rasa

Cara penyediaan
Bersihkan ikan dan rendamkan seketika dengan satu asam keping.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan warna.

Masukkan santan sawit diikuti gula perang dan garam secukup rasa.

Lumurkan kuah di atas ikan bersama daun pisang dan bakar sehingga masak.

Perahkan limau kasturi ke atas ikan untuk bau dan rasa yang enak.

AIR ASAM PUNCAK

Bahan-bahan utama

1 biji bawang merah
(dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
2 tangkai cili padi hijau
(dihiris halus untuk tambah
warna)
5 tangkai cili padi merah dan
hijau
2 tangkai cili merah besar
2 sudu besar asam jawa
(dibancuh dengan 1/2 cawan
air masak)
1 sudu kecil belacan (dibakar
dahulu)
3 sudu kecil madu kampung
2 biji limau kasturi (ambil
perahan air limau)
Garam secukup rasa

Cara penyediaan

Masukkan bahan potong dalam mangkuk bersama air asam jawa yang diasingkan bijinya.

Kemudian campurkan air perahan limau dan madu kampung untuk menambahkan rasa masam dan manis.

Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air masak.Sedia untuk dihidangkan dengan ikan bakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN