RUPANYA serupa daging masak hitam tetapi rasanya tidak sama sekali.
Rasanya lebih kepada berempah, sedikit manis dari santan dan lemak daripada gula Melaka.
Ia sangat sesuai dipadankan dengan nasi panas atau nasi dagang. Ramadan kali ini, bufet Ramadan Park Royal Collection menawarkan menu istimewa ini.
Ikuti resipi dikongsikan oleh Malay Chef De Cuisine, Mohd.Khezir Idris dari ParkroyalCollection’s.
BAHAN-BAHAN:
1 kilogram (kg) daging
kambing
60 gram (g) bawang merah
30g bawang putih
300g rempah kerutup
20g besar ketumbar
15g halia
10g lengkuas
2 batang serai
250 mililiter (ml) santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit gula Melaka
Air asam jawa
BAHAN UNTUK MENUMIS:
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sentimeter (cm) kulit kayu
manis
15g bawang putih
30g bawang merah
CARA PENYEDIAAN:
Daging dipotong dan
dibersihkan.
Rempah, bawang merah,
bawang putih, halia, lengkuas
dan ketumbar dikisar halus.
Panaskan minyak dan
masukkan bahan-bahan
menumis.
Tumis sehingga kekuningan.
Masukkan rempah yang telah
dikisar dan serai yang telah
dititik.
Tumis sehingga rempah
garing.
Masukkan daging dan air
asam jawa.
Masak sehingga daging empuk.
Masukkan santan dan masak
sehingga mendidih.
Masukkan kerisik, garam dan
gula Melaka.
Masak sehingga pekat dan
hidangkan bersama nasi
putih atau nasi dagang.










