Ruang simpanan tersorok buat kediaman nampak kemas

Ruang simpanan tersorok buat kediaman nampak kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANGAT kemas, teratur dan bersih. Sekali pandang seakan bilik pameran di gudang-gudang menjual perkakasan kediaman.

Itu yang boleh digambarkan mengenai kediaman Masnita Elias dan pasangan Mohd. Fairuz Kasmoin.

Berkongsi kepada Seri, Masnita berkata, kekemasan itu hasil daripada kewujudan banyak ruang-ruang simpanan tersorok.

Ruang simpanan tersorok berfungsi sepenuhnya ‘menutup’ pelbagai barangan dan perkakasan rumah daripada pandangan mata sekaligus
menjadikan rumah tampak sentiasa bersih dan tersusun.

Selain tersusun, tata rias dipadankan pula dengan konsep moden minimalis itu, turut menjadikan ruang kelihatan luas dan selesa.

“Keseluruhan konsep adalah moden minimalis kerana mudah untuk mengemas, lapang dan memudahkan anak-anak bermain.

“Disebabkan itu banyak ruang simpanan tersorok diwujudkan untuk mengelakkan clutter yang nampak dimata,” kata ibu kepada tiga orang anak itu.

MASNITA DAN FAIRUZ

KOMBINASI DUA RONA

Lebih menarik, kediaman jenis Semi-D itu, hanya ditatarias menggunakan dua rona warna asas sahaja iaitu hitam dan putih.

Kebanyakan warna hitam dapat dilihat pada pemilihan perabot dan aksesori seperti hiasan dinding kabinet televisyen, kabinet dapur, sofa dan juga kerusi makan.

Manakala, warna putih banyak menghiasi bahagian-bahagian dinding dan meja makan.

Gabungan kontras itu memberikan ilusi ruang yang lebih besar selain nampak moden dan kontemporari.

Rona hitam terutamanya menyerlahkan gaya eksklusif sekaligus menjadikan ruang kediaman nampak mewah dengan caranya tersendiri.

Biarpun hanya dua rona asas itu digunakan namun, rumah tidak kelihatan kusam atau membosankan.

“Tiada warna-warna meriah yang digunakan tetapi kami naikkan seri dengan menanam banyak pokok hidup di dalam rumah,” jelasnya.

Daripada segi penjagaan pula, cukup mudah memandangkan tidak banyak barang-barang. Ia sekaligus menjadikan kerja mengemas dan membersih menjadi lebih mudah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya