Smoothies buah naga kaya khasiat - Utusan Malaysia

Smoothies buah naga kaya khasiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUAH naga adalah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit luar seperti duri.

Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah eksotik berasal dari Amerika Tengah ini sering menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus untuk diminum.

Di Malaysia, ia sangat terkenal kerana keunikan rupanya, warna yang cantik dan sedap serta mengandungi pelbagai khasiat.

Buah ini mengandungi kalori rendah tetapi penuh dengan vitamin dan mineral serta kandungan serat. Ini termasuklah protein, karbohidrat, serat, zat besi, magnesium, vitamin C dan E.

Kalau mahu menikmati campuran jus buah naga bersama kisaran aiskrim vanila, apa kata kunjungi Borak-Borak Cafe & Lounge di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam.

Selain menawarkan aneka jus, pihak hotel turut menawarkan promosi istimewa set minum petang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 6 petang, sehingga Disember depan.

Bahan-bahan:

Buah naga

Aiskrim Vanila

Susu segar

Ketulan ais

Cara penyediaan:

1. Buang kulit buah naga terlebih dahulu sebelum dipotong. Bagi satu hidangan hanya memer­lukan se­be­­lah bahagian buah sahaja.

2. Masukkan buah yang sudah dipotong ke dalam mesin pengisar, satu skup aiskrim, susu segar dalam kuantiti 250 mililiter (ml) dan ais (100 ml). Kisar sehingga sebati.

3. Jangan kisar kesemua bahan sehingga menjadi terlalu halus kerana mahu mengekalkan rasa buah tersebut.

4. Tuangkan dalam segelas cawan dan sedia untuk diminum.

5. Penggunaan aiskrim vanila adalah bersesuaian bagi mengelakkan ia mendominasi rasa buah naga berbanding aiskrim berperisa lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya