Berkahwin di Siam, anak merana

Berkahwin di Siam, anak merana

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan

Saya dan suami atas dasar suka sama suka berkahwin di Thailand disebabkan tiada restu keluarga. Malah baru saja melahirkan anak. Masalahnya, suami saya belum mengesahkan status perkahwinan kami. Saya risau dengan masa depan anak saya. Apa harus saya buat?

Isteri Menyesal

Jawapan

Cinta itu suci, dan perkahwinan itu juga suatu yang mulia. Bagi pasangan bercinta dan mempunyai niat untuk berkahwin di Siam, walau atas apa jua alasan, perlu sedar kesan yang akan berlaku selepas itu.

Bagi kes puan, prosedur pendaftaran sepatutnya perlu dilaksanakan segera.

Kelalaian mendaftar di jabatan agama akan mengakibatkan masalah berangkai yang mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan, seperti isu status pernikahan puan dan anak, kewarganegaraan dan sebagainya.

Apa yang boleh puan lakukan adalah;

  • Bersikap tegas terhadap suami agar hadir mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama berdekatan. Caranya, mengajak keluarga turut sama terlibat dalam menyelesaikan hal tersebut.
  • Puan juga boleh hadir ke pejabat agama untuk bertanyakan isu berkenaan.
  • Memohon maaf kepada keluarga dan melaporkan masalah anak puan kepada ibu bapa.
  • Banyakkan solat taubat dan perbetulkan niat untuk membantu masa depan anak lebih terjamin. Anak itu tidak berdosa dan perlu dibantu dengan segera.

Cinta terpaut Warga asing

Soalan

Saya kini menjalin cinta dengan warga asing. Dia berjanji setia akan mengahwini saya tidak lama lagi. Keluarga saya pada mulanya menolak, tetapi akur dengan pilihan saya. Masalahnya, saya perlu berhenti kerja dan mengikutnya pindah menetap ke negaranya selama setahun. Saya dilema kerana tidak ingin berjauhan dengan ibu bapa yang sudah tua. Saya ingin menjaga mereka dan pada masa sama ingin bersama bakal suami.

Gadis Dilema

Jawapan

Jodoh itu ketentuan Allah SWT. Jika sudah tertulis dia adalah jodoh kita, sejauh mana pun tetap akan bertemu juga. Tetapi semua itu adalah pilihan. Kita ditakdirkan dan diberi juga pilihan untuk menerima dan menolak pilihan yang datang dalam hidup mengikut situasi dan keadaan saudari. Bercinta dengan warganegara asing ada baik dan buruknya. Tidak sama dengan pasangan yang berstatus warganegara tempatan. Puan perlulah menyediakan diri sebelum berkahwin.

Apa yang boleh saudari lakukan;

  • Senaraikan kesan-kesan baik dan buruk sekiranya saudari telah membuat pilihan.
  • Pertimbangkan kedua-dua kesan tersebut. Ibu yang baik akan memberikan pandangan rasional terbaik dan membantu saudari.
  • Pastikan saudari menyelidiki bakal suami dengan lebih dekat lagi. Di manakah rumah, saudara-maranya dan persekitaran supaya saudari tidak menanggung kesan kemudian hari.
  • Ambil masa lama untuk kenal lebih lama tidak akan merugikan malah membantu saudari lebih bersedia apa juga kemungkinan.

Ada masalah? Emelkan keraguan anda kepada kami di [email protected] – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.