Cicak madagascar

Bela cicak Madagascar Gecko terapi stres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAIN memelihara haiwan yang boleh dipegang dan dibelai sebagai peneman, ada beberapa haiwan eksotik lain boleh dijadikan teman di kala kesunyian malah membantu untuk menghilangkan stres.

Bagi pencinta haiwan, Naufal Haziq Zulkhairi, 23, menjadikan Madagascar Gecko iaitu sejenis cicak yang hanya boleh ‘display’ dan tidak boleh dipegang sebagai haiwan peliharaan sejak 2018 untuk ketenangan diri.

“Kalau bela haiwan lain perlu beri perhatian sepenuhnya dan dibelai tetapi saya jadikan Madagascar Gecko ini untuk lepaskan stres atau sebagai healing.

“Warna hijau terang pada badannya beri satu ketenangan dan damai. Cicak jenis ini perlu diletakkan dalam balang kaca atau akuarium yang dihias bersama indoor plant.

Melihat gelagatnya selepas pulang dari kerja atau ketika stres, dapat merawat tekanan seperti lepas segala beban,” kongsinya kepada Seri.

Naufal berkata, dia tertarik untuk membela Madagascar Gecko ini apabila melihat seorang ‘mat saleh’ di Instagram yang membela cicak jenis ini dan menghias akuarium bio-aktif untuk reptilia itu.


SENANG DIJAGA

Selain Madagascar Gecko yang berusia dua tahun, Naufal juga mempunyai cicak jenis Halmahera Giant Gecko kerana mudah dijaga tetapi kedua-dua spesies ini tidak boleh disentuh dan hanya untuk display.

“Cicak jenis ini paling senang dijaga kalau sibuk bekerja atau tiada masa untuk menjaganya. Ia tidak perlu monitor, hanya beri makan dan spray atau semburkan air untuk beri minum setiap hari.

“Siapa yang suka nature boleh set up balang atau akuarium seperti dalam hutan, letak buluh untuk tempat ia menyorok dan bermain. Biasanya kawasan yang tersembunyi seperti dalam buluh akan dijadikan tempat ia bertelur,” katanya.


KULIT TERTANGGAL SAMPAI NAMPAK DAGING

Ujar Naufal yang merupakan penjaga zoo, cicak jenis Madagascar Gecko dan Halmahera Giant Gecko tidak boleh dipegang dan disentuh dengan tangan kerana kulitnya mudah terlucut atau tertanggal sehingga menampakkan isi daging yang kemerah-merahan.

“Tak boleh disentuh sebab kalau kita pegang, ia akan stres dan menanggalkan kulit.

“Kulit yang tertanggal boleh tumbuh semula tetapi ambil masa dan tidak cantik.

Jadi, kalau nak bersih atau tukar tempat ada caranya iaitu dengan menggunakan bekas, tangkap dengan perlahan untuk masukkan ia ke dalam bekas agar tidak tersentuh kulitnya,” kata Naufal Madagascar Gecko memerlukan lesen untuk memeliharanya.

Naufal kini mempunyai empat spesies gecko keseluruhannya.

CICAK YANG BOLEH DIBELAI

Selain dua spesies cicak yang tidak boleh dipegang, Naufal juga memelihara cicak yang boleh dijaga dan dibelai seperti Leopard Gecko dan African Fat-Tailed Gecko.

Namun katanya, biarpun boleh disentuh, tetapi bahagian paling sensitif adalah ekor yang boleh diputuskan ketika terkejut atau stres.

“Tapi apabila putus akan tumbuh balik dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Kalau cukup suplemen dan kalsium ia akan tumbuh lebih cantik. Ada juga yang terputus, fizikal ekornya tidak secantik asal, akan jadi bentuk lain dan pendek.

“Elak beri stres dan handle dengan betul. Cicak memang sensitif pada ekor jadi perlu pegang dengan perlahan daripada kaki depan, badan atau tengkuk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya