KEGHAIRAHAN sesetengah individu dalam menunaikan azam memiliki rumah sendiri setelah sekian lama menunggu aset utama tersebut dikhuatiri mengakibatkan mereka kehabisan atau tidak mempunyai simpanan yang mencukupi sebagai persediaan di hari tua. Ini kerana kebanyakan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana namun tidak berkesempatan membeli rumah di usia muda, memilih untuk membina aset tersebut di tanah persendirian yang dianggap lebih berpatutan. Dengan bermodalkan hasil simpanan dan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan…