PEMAJU hartanah, Matrix Concepts menawarkan kediaman vila mewah yang melambangkan kawasan eksklusif, Resort Villa di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
Kawasan eksklusif mempunyai 34 kediaman vila mewah dengan anggaran nilai pembangunan kasar berjumlah RM135.9 juta, pembangunan pegangan bebas seluas 16 ekar tanah melibatkan dua Fasa 1 dan Fasa 2.
Resort Villa tersebut mempunyai susun atur luas berukuran 75′ x 110′, kediaman yang memenuhi pelbagai keperluan keluarga, dengan kawasan binaan antara 6,839 kaki persegi hingga 7,749 kaki persegi.
Terdapat tiga susun atur yang berbeza jenis A, B dan C tersedia untuk memenuhi pilihan pembeli.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Chai Keng Wai berkata, resort vila ini terletak di dalam perbandaran yang berkembang maju dan merupakan satu-satunya vila mewah baharu di Seremban.
“Fasa 1 yang melibatkan 14 unit vila telah dilancarkan pada April 2023 dan masih dalam peringkat pembinaan. Kami melihat perkembangan luar biasa ini mendapat pujian meluas dan mengagumkan, menandakan reputasi kediaman yang bertambah baik.
“Oleh itu, kami teruja untuk mengumumkan pelancaran Resort Villa Fasa 2 sebanyak 20 unit vila bermula 1 April lalu lalu,” katanya dalam kenyataan.
Jelas beliau, Resort Villa ini mempunyai ciri-ciri keselamatan premium dalam alam kehidupan kediaman yang segar dan ketenangan pembeli terjamin.
“Langkah-langkah keselamatan lanjutan termasuk sistem Pengecaman Nombor Plat Nombor Automatik (ANPR) di pintu masuk bagi memastikan hanya kenderaan pemilik dibenarkan mendapat akses memasuki kediaman tersebut.
“Ini sekaligus dapat meningkatkan keselamatan ialah sistem kunci digital yang canggih, dilengkapi dengan pengawasan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dalaman dan luaran yang komprehensif selain rondaan keselamatan sepanjang masa dan sistem penggera keselamatan lengkap dengan butang panik dan sensor magnet dan getaran,” katanya.
Resort Villa terletak di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan turut berdekatan hab pendidikan, kemudahan runcit serta kemudahan lain sedia ada.
Disamping itu, pemilik Resort Villa boleh mengakses rumah kelab eksklusif dengan mudah, d’Tempat Country Club, rumah kelab seluas 380,000 kaki menawarkan pelbagai kemudahan seperti kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang badminton, pingpong, gelanggang skuasy, dewan bankuet, bilik spa, bilik mesyuarat dan banyak lagi.

Dengan hanya berjalan kaki, penduduk Resort Villa ini boleh ke X Park Sendayan seluas 34 ekar yang merupakan pusat hiburan luaran terbesar di Negeri Sembilan yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi di Seremban.
Lebih menarik, Sendayan X-Park menawarkan aktiviti rekreasi seperti driving range, flying fox, paintball, trek BMX, Go-kart dan lain-lain lagi.
Kediaman Resort vila juga turut berdekatan kepada beberapa institusi pendidikan, awam dan swasta.
Ini termasuk Matrix Global Schools, menyediakan kemudahan seluas 20 ekar (8 hektar) bermula peringkat Prasekolah Kebangsaan dan Antarabangsa hingga sekolah Menengah, dengan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tempatan dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) serta sukatan pelajaran Cambridge (IGCSE).
Lebih menarik, penduduk resort vila akan menikmati kemudahan hab komersial di Sendayan Merchant Square.
Resort Villa, Bandar Sri Sendayan terletak di lokasi strategik dengan akses melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Port Dickson – Seremban, dan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).










