Kenanga Research tingkatkan harga sasaran Bursa Malaysia kepada RM6.70 - Utusan Malaysia

Kenanga Research tingkatkan harga sasaran Bursa Malaysia kepada RM6.70

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research mengekalkan ‘underperform’ terhadap purata nilai harian (ADV) di Bursa Malaysia, dengan harga sasaran yang lebih tinggi iaitu RM6.70 daripada RM6.45 sebelumnya.

Firma Penyelidikan itu berkata purata harian harian Bursa Malaysia pada suku pertama tahun 2024, adalah lebih baik daripada jangkaan berikutan sentimen dagangan yang lebih tinggi di bursa tempatan.

Susulan itu, keputusan untuk menaikkan harga sasaran adalah berdasarkan perolehan sesaham bagi tahun kewangan 2025 (FY25F) yang disemak sebanyak 33.4 sen berbanding 20.0x nisbah perolehan harga (PER) yang tidak berubah.

Menurut penyelidikan tersebut, keputusan itu juga sejajar dengan purata pertukaran kewangan global dan penilaian pra-pandemi.

“Nisbah risiko-ganjaran kelihatan adil dengan kekurangan pemangkin jangka sederhana yang kukuh untuk menyampaikan kejutan pendapatan yang disokong oleh pulangan ke atas ekuiti (ROE) yang kukuh dan prospek dividen yang stabil.

“Maka tiada pelarasan pada harga sasaran kami berdasarkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang diberi penarafan tiga bintang seperti yang dinilaikan,” kata nota penyelidikan tersebut.

Firma Penyelidikan menjangkakan momentum positif menjadi lebih menyokong daripada tahun .2023.

Justeru, Kenanga Research menaikkan andaian purata nilai harian bagi tahun 2024 dan 2025 masing-masing pada RM2.70 bilion dan RM2.75 bilion daripada RM2.40 bilion dan RM2.50 bilion sebelumnya.

Dalam pada itu, firma penyelidikan itu berkata, mereka akan meningkatkan tinjauan terhadap purata nilai harian yang didagangkan kepada RM2.70 bilion dan RM2.75 bilion pada tahun 2024 dan 2025.

Dalam pada itu, katanya dianggarkan jangkaan bagi peningkatan pendapatan tersebut ialah sebanyak enam peratus (tahun 2024) dan empat peratus bagi tahun 2025.

Bagi pendapatan teras untuk suku pertama tahun 2024, Kenanga Research mengunjurkan pendapatan antara RM70 juta hingga RM75 juta.

Mengulas lanjut, melihat kepada nilai purata harian pada suku pertama tahun 2024 iaitu mengukuh pada RM2.92 bilion, Kenanga Research menjangkakania berpunca disebabkan pemulihan dalam eksport, dan prospek memberangsangkan bagi beberapa projek strategik.

Selain itu, katanya, minat dagangan yang lebih kukuh berkemungkinan berpunca daripada jangkaan dasar monetari yang lebih santai di seluruh dunia.

Justeru itu, firma penyelidikan itu yakin bahawa aliran bagi purata nilai harian tahun 2024 akan terus mengukuh terus memacu sentimen dagangan baki baki tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN