Bayar yuran selenggara, namun fasiliti tidak terjaga

Bayar yuran selenggara, namun fasiliti tidak terjaga

PANGSAPURI yang tidak diselenggara dengn baik menjadikan persekitarannya tidak selesa kepada penghuni.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGURUSAN bangunan yang tidak cekap boleh menggugat kesejahteraan penghuninya.

Apa yang lebih merungsingkan penghuni apabila yuran penyelenggaraan dibayar, namun kemudahan pula rosak atau tidak diselenggara dengan baik. 

Seorang penghuni yang pernah tinggal di kawasan perumahan tidak terurus yang mahu dikenali sebagai Florina berkata, pengurusan penyelenggaraan yang tidak cekap boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk.

Menceritakan pengalamannya, dia yang pernah menyewa di sebuah unit pangsapuri mendapati pengurusan pembuangan sampah di kediaman tersebut adalah tidak mengikut prosedur yang betul.

Katanya, terdapat penduduk yang meninggalkan sampah berhampiran lif, sehingga menyebabkan penduduk terpaksa menghidu bau busuk yang tidak menyenangkan hampir setiap masa.

“Dapat dilihat di sini bahawa pengurusan bangunan tidak meletakkan peraturan yang ketat terhadap pengurusan pembuangan sampah.

“Saya dapati terdapat bilik sampah dikhaskan untuk meletakkan tong sampah besar namun tidak digunakan akibat terdapat barang tidak terpakai yang dihimpunkan di situ.

“Sampah akan diambil sekali pada pukul 9 pagi setiap hari, namun dalam tengah hari sehinggalah malam, sampah mula bertimbun banyak semula. Malah yang lebih teruk air sampah mengalir keluar disebabkan tong sampah yang pecah,” katanya. 

Beliau berkata, selain daripada bau yang tidak mengenangkan, sampah tersebut mengundang kedatangan haiwan yang boleh membawa penyakit seperti tikus dan lipas, menyebabkan rumah berdekatan sering menjadi mangsa dimasuki oleh haiwan tersebut.

Katanya, perkara ini boleh mengundang penyakit kepada penghuni seperti kencing tikus, keracunan makanan dan alergi yang disebabkan lipas sebagai pembawa parasit.

Tambahnya, dia bersama penghuni yang lain terpaksa menutup tingkap dan pintu sepanjang masa, akibat tidak tahan dengan bau busuk yang datang dari sampah tersebut.

Oleh itu, dia berharap agar badan pengurusan lebih cekap dalam perihal tersebut, dengan menyarankan untuk mengumpul sampah lebih dari satu sesi setiap hari.

Selain itu, Florina berkata, terdapat juga kamera litar tertutup di dalam lif tidak berfungsi, walaupun sudah tiga tahun dia menyewa di kawasan tersebut.

Justeru, dia risau masalah tersebut boleh mengancam keselamatan terutamanya wanita, yang mungkin kesorangan menggunakan lif tersebut atau terdapat orang yang tersekat di dalamnya namun tidak dapat diketahui.

Sementara itu, salah seorang penghuni pangsapuri yang hanya ingin dikenali sebagai Hakim juga bersetuju penyelenggaraan yang tidak dilakukan mengikut masa ditetapkan akan merisikokan keselamatan penduduk.

Dia memberi contoh di kawasan perumahannya, terdapat beberapa pemegang tangga di laluan kecemasan yang didapati telah tiada, malah ada yang berkarat dan tidak selamat untuk digunakan lagi.

“Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan atau kebakaran di aras tertentu, penduduk perlu menggunakan laluan kecemasan untuk menyelamatkan diri dengan segera, namun tangga yang sudah berkarat tersebut sudah pasti akan menyebabkan kecederaan kepada penduduk.

“Selain itu, terdapat tangga yang sudah tidak kukuh dan boleh tertanggal pada bila-bila masa, sekali gus akan melambatkan proses menyelamatkan diri ketika kecemasan. Ini akan memperlahankan pergerakan penduduk untuk turun dari bangunan kerana perlu berhati-hati,” katanya.

Justeru, beliau menyoal sekiranya penghuni sudah menjalankan tanggungjawab membayar yuran penyelenggaraan dan tindakan badan pengurusan pembangunan yang sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini.

“Malah saya yakin mesyuarat tahunan dalam kawasan perumahan memang diadakan selalu bagi kesejahteraan penghuninya. Duit kutipan dilakukan bagi aktiviti penyelenggaraan supaya penduduk dapat hidup dengan selesa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×