PETALING JAYA: Ringgit dijangka bergerak dalam julat berhati-hati antara RM4.66 ke RM4.70 berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, didorong oleh faktor luaran terutamanya pasaran AS. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, naik turun nilai mata wang negara berkait rapat dengan dengan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) sama ada untuk meneruskan kadar faedah yang ketika ini pada 5.25 peratus ke 5.5 peratus.…