PETALING JAYA: Caj perkhidmatan penumpang (PSC) untuk perjalanan antarabangsa yang disemak semula dijangka akan menyumbang kepada pendapatan tambahan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), kata Kenanga Research. Menurut nota penyelidikannya, pihaknya positif dengan perkembangan terbaharu ini yang dijangka memberi pendapatan positif kepada MAHB. “Namun begitu, pada pandangan kami, kami percaya kadar tarif terkini ini mungkin tidak mencukupi untuk MAHB meningkatkan aliran tunai yang mencukupi memandangkan keperluan mendesak untuk pembesaran lapangan…