Popsmalaya Ice Bars sasar tembusi pasaran 30 negara - Utusan Malaysia

Popsmalaya Ice Bars sasar tembusi pasaran 30 negara

YASMIN Karim (kiri) bersama kakitangannya menunjukkan produk Popsmalaya Ice Bars yang turut mendapat sambutan di pasaran luar negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama aiskrim tempatan, Popsmalaya Ice Bars yang telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menyasarkan untuk menembusi 30 pasaran luar negara menjelang 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yasmin Karim, sasaran itu dijangka mampu dicapai berikutan produk aisrim berasaskan buah sebenar itu telah pun dieksport ke 16 buah negara setakat ini.

“Popsmalaya Ice Bars telah mendapat pengiktirafan halal sejak 2016, jadi saya mengambil langkah memasarkannya ke luar negara kerana produk aiskrim ini mendapat sambutan yang baik di negara luar.

“Buat masa ini, kami telah mengeksport ke negara seperti Bahrain, Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Korea dan China,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau, sijil halal membantu dalam mengembangkan lagi perniagaan ke luar negara kerana terdapat spesifikasi yang perlu dipenuhi sebagai syarat untuk membawa produk ke pasaran luar terutamanya negara-negara Islam.

“Selama ini mungkin usahawan ada persepsi yang proses mendapatkan sijil halal amat leceh dan menelan kos yang tinggi, tapi sebenarnya pihak Jakim sentiasa membantu dan semuanya boleh dilakukan sexara dalam talian sahaja.

“Jakim juga akan memeriksa butiran yang kita serahkan dan akan membantu ketika proses audit supaya permohonan kita dipermudahkan. Kosnya juga tidak mahal seperti yang disangka,” ujarnya.

Mengulas mengenai produknya, Yasmin berkata, ketika mencipta formulasi Popsmalaya Ice Bars, matlamatnya adalah untuk menghasilkan aiskrim buah rasa sebenar, rendah kalori dan harga mampu milik.

“Pada mulanya agak sukar kerana sudah tentu produk formulasi seperti ini memakan kos yang tinggi namun dengan automasi dan teknologi pemprosesan makanan, matlamat kami dipermudahkan.

“Kini Popsmalaya Ice Bars dipasarkan dengan enam perisa iaitu mangga, laici pic, strawberi, anggur, nanas markisa dan coklat.

“Melangkah ke hadapan, kami mahu pasarkan produk kami ke 30 buah negara dan dalam perancangan untuk menghasilkan lebih banyak snek sihat selain aiskrim,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya