Saham tenaga dijangka terus aktif didagangkan - Utusan Malaysia

Saham tenaga dijangka terus aktif didagangkan

DOKUMENTARI GameStop: Rise of the Players mengisahkan bagaimana pelabur runcit melawan pelabur institusi dalam pelaburan saham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat-syarikat minyak yang disenaraikan di kaunter tenaga dijangka akan menerima lonjakan positif minggu ini berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia di sekitar AS$85 setong.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kenaikan harga tersebut selepas pengurangan pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) dengan tujuan untuk membantu pasaran yang kelihatan semakin lemah.

Jelasnya, ini termasuk pembinaan inventori yang lebih daripada biasa sehingga suku pertama 2023 oleh negara-negara pengimport.

“Penurunan harga minyak hingga sekitar AS$75 berikutan jangkaan kemelesetan ekonomi global yang telah diunjurkan sejak enam bulan yang lalu, selain itu harga gas asli Eropah juga jatuh dengan mendadak.

“Lonjakan harga minyak mentah dunia itu juga memberikan suntikan positif kepada rantaian nilai bekalan di dalam industri minyak dan gas dunia termasuklah Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Aimi Zulhazmi menjelaskan, walaupun harga minyak yang lebih tinggi akan memberi halangan kepada kilang penapisan minyak lapisan tengah (Mid-stream) dan hiliran berhubung dengan jualan produk ditapis, tetapi ia memberi petanda baik untuk segmen huluan dari segi aktiviti penerokaan dan pengeluaran.

“Kenaikan harga minyak ini akan memberikan banyak faedah terutama kepada syarikat yang terlibat secara langsung dalam segmen huluan, termasuklah syarikat-syarikat yang terlibat dalam rantaian nilai bekalan dalam industri ini,” ujarnya.

Awal minggu lalu, Indeks Tenaga Bursa, yang menjejaki harga saham syarikat berkaitan minyak dan gas dibuka 20.69 mata lebih tinggi kepada 857.50, daripada penutup Jumaat pada 836.81 mata.

Tindakan OPEC+mengurangkan bekalan untuk menstabilkan harga minyak turut memacu dagangan aktif syarikat-syarikat minyak negara.

Pada pukul 5 petang Jumaat lalu, saham Hibiscus Petroleum Bhd. menokok 1.92 peratus atau dua sen kepada RM1.06 manakala Reach Energy Bhd. meningkat 11.11 peratus kepada lima sen.

Selain itu, saham KNM Group Bhd. naik 10 peratus kepada 55 sen dan Sapura Energy Bhd. meningkat peratus atau sen kepada sen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya