Makanan kucing juga perlu pengesahan halal

Makanan kucing juga perlu pengesahan halal

ADRIAN ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OLEH kerana ramai pencinta kucing dalam kalangan orang Islam, bagaikan menjadi keperluan untuk makanan haiwan kesayangan itu mendapat pensijilan halal.

Presiden Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi), Adrian Roslan berkata, pensijilan halal untuk makanan kucing juga memainkan peranan penting kerana ramai yang memilih produk makanan kucing keluaran Adabi, Powercat yang diklasifikasi halal.

“Kami telah berjaya mendapatkan pensijilan halal untuk Powercat dari badan penyelenggara jaminan produk halal Indonesia (BPJPH) kerana mereka mempunyai kategori untuk makanan haiwan.

“Buat masa ini, Jakim masih belum mengeluarkan pensijilan halal untuk makanan kucing. Membuka satu kategori baharu itu mungkin mengambil masa jadi kami memang menunggu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, tidak dinafikan isu halal bagi makanan kucing ini juga dititikberatkan oleh pengguna kerana mereka tidak tahu apakah sumber makanan kucing yang berada di pasaran.

“Ketika kami menjalankan kajian sebelum ini, kami dapati ada juga pengguna yang agak sensitif sehingga memakai sarung tangan apabila perlu menyentuh makanan kucing.

“Ini kerana mereka tidak tahu sama ada makanan kucing itu diperbuat daripada sumber yang halal ataupun tidak. Jika tidak halal, sudah menjadi satu masalah kepada mereka.

“Pencinta kucing memang sanggup berhabis untuk kucing kesayangan mereka, jadi saya lihat jaminan halal ini sebagai satu daya penarik yang berkesan di pasaran,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai proses mendapatkan serta mengekalkan pensijilan halal, Adrian berkata, Adabi telah mendapatkan pensijilan halal dahulu sebelum memulakan perniagaan serta penjualan produk.

“Untuk mendapatkan pensijilan halal bukan mudah kerana kita perlu melihat kepada sumber bahan mentah yang diperoleh dan digunakan dalam pembuatan produk adalah halal, contohnya ayam yang diyakini disembelih terlebih dahulu.

“Disebabkan itu, kami sentiasa memastikan pembekal menggunakan sumber yang halal kerana tidak mahu timbul isu di kemudian hari. Ini selaras dengan komitmen syarikat dalam menghasilkan produk makanan yang selamat dan berkualiti tinggi kepada pengguna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya