Pekerja gig juga perlu sediakan simpanan peribadi

Pekerja gig juga perlu sediakan simpanan peribadi

PEKERJA gig digalakkan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sukarela melalui program i-Saraan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENURUT laporan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan 63.39 peratus pekerja gig tidak mempunyai apa-apa simpanan.

Kesilapan paling utama pekerja bebas adalah mencampurkan wang upah harian dengan duit poket peribadi. Sikap ini menyebabkan mereka sukar memantau aliran tunai dan menyelenggara kenderaan.

Buka dua akaun bank yang berbeza, satu untuk kemasukan pendapatan gig dan kos operasi (seperti minyak dan baik pulih kenderaan) dan satu lagi khusus untuk perbelanjaan rumah.

Mencarum dalam skim takaful dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga penting sebagai jaminan perlindungan keluarga. Jalan raya adalah ‘pejabat’ bagi pekerja gig, dan risiko pekerjaan ini amat tinggi. Mengambil pelan takaful sekurang-kurangnya untuk pampasan kematian, kemalangan, dan kad perubatan asas adalah pelaburan nyawa.

Jika berlaku kematian, pampasan takaful melalui instrumen hibah akan menjadi penyelamat keluarga daripada terpaksa meminta-minta. Jangan lupa juga untuk mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Perkeso.

Mereka juga digalakkan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sukarela melalui program i-Saraan. Walaupun hanya RM50 atau RM100 sebulan, pulangan pelaburan (patuh syariah) dan insentif kerajaan dalam jangka masa panjang menjamin kehidupan bermaruah di usia senja.

Pampasan takaful berstatus hibah juga akan menjadi pengikat perut dan pelindung isteri serta anak-anak daripada merempat jika sesuatu tidak diingini berlaku.

Sekiranya baki pendapatan tahunan setelah ditolak kos keperluan asas melepasi paras nisab, kewajipan zakat pendapatan wajib dilunaskan. Zakat bertindak sebagai mekanisme penyucian yang membersihkan titik peluh kita daripada hak asnaf, memastikan rezeki yang dibawa pulang benar-benar halal dan berkat.

Kebebasan ekonomi datang bersama tanggungjawab yang besar terhadap diri sendiri dan keluarga. Jangan tunggu wang lebihan bertimbun baru mula hendak merancang. –UTUSAN

DR. NORAINI YUSUFF
Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN