HAKIKATNYA, penyalahgunaan dana tidak terjadi dalam ruang kosong. Ia terbina daripada kelemahan yang dibiarkan, termasuklah kawalan dalaman yang longgar, pemantauan tidak konsisten serta kegagalan budaya organisasi meletakkan integriti sebagai keutamaan. Dalam keadaan ini, risiko bukan sahaja tidak diurus, malah seolah-olah diundang. Statistik ketika ini membawa satu mesej yang jelas, risiko kewangan bukan hanya wujud tetapi sering kali dipandang remeh sehingga ia benar-benar berlaku. Dalam banyak kes, lebih 50 peratus penipuan…










