SELAT Melaka ialah pusat strategik yang menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut China Selatan. Pada masa sama menjadi asas keselamatan, kemakmuran serta kedaulatan Malaysia. Lebih daripada sekadar laluan perkapalan, selat ini mengendalikan kira-kira satu pertiga perdagangan global dan melebihi 100,000 pergerakan kapal setahun, termasuk hampir 25 peratus penghantaran minyak dunia melalui laut. Kepentingan ini menuntut pendekatan perundangan dan tadbir urus yang menyeluruh, bersepadu dan berpaksikan prinsip kelestarian sejagat seperti yang digariskan…










