Keselamatan di sekolah tidak boleh dikompromi

Keselamatan di sekolah tidak boleh dikompromi

SEKOLAH dengan kapasiti besar sering menampung ratusan kenderaan dalam kawasan terhad, sehingga menimbulkan risiko keselamatan yang serius jika tidak diurus dengan sistematik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTUBUHAN IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian adik Nur Fatimatul Hawa yang telah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Tragedi ini membuka mata kita kepada satu realiti yang telah lama wujud, kekangan ruang di sekolah yang menyebabkan percampuran berbahaya antara laluan pelajar dan kenderaan.

Sekolah dengan kapasiti besar sering menampung ratusan kenderaan dalam kawasan terhad, sehingga menimbulkan risiko keselamatan yang serius jika tidak diurus dengan sistematik.

Sehubungan itu, IKRAM menggesa tindakan segera:

  • Pelaksanaan penghadang fizikal di laluan pelajar
  • Penyusunan semula aliran trafik dalam kawasan sekolah
  • Pengasingan waktu pergerakan kenderaan dan pelajar
  • Audit keselamatan menyeluruh di semua sekolah

Cadangan seperti pemasangan penghadang dan melambatkan pergerakan kenderaan selepas waktu persekolahan merupakan langkah praktikal yang boleh dilaksanakan segera dengan kos minimum tetapi impak besar.

Dalam masa sama, IKRAM menyeru masyarakat agar mengelakkan kecaman melampau terhadap individu terbabit. Tiada insan waras yang menginginkan tragedi ini berlaku dan semua pihak yang terlibat pasti menanggung beban emosi yang berat.

Keselamatan adalah amanah. Tragedi ini mesti menjadi titik perubahan.-UTUSAN

DR. OMAR YAAKOB
Pengerusi Rangkaian Sekolah IKRAM-MUSLEH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN