Sandiwara atau strategi kembalinya pemimpin UMNO?

Sandiwara atau strategi kembalinya pemimpin UMNO?

UMNO dilihat sedang menggerakkan strategi menjelang pilihan raya umum (PRU) dengan menarik kembali pemimpin yang pernah meninggalkan parti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilihat semakin berusaha menarik kembali pemimpin-pemimpin yang telah meninggalkan parti, dengan menyambut mereka mesra dan mengajak mereka kembali menyertai parti itu di bawah semangat ‘rumah bangsa’.

Berita baik yang diumumkan Presiden UMNO itu didakwa mengandungi agenda tersembunyi, bertujuan mempengaruhi kembali orang Melayu, terutamanya pengundi muda dalam kalangan ahli akar umbi UMNO, menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan parti yang akan bertanding secara solo bagi 115 kerusi dilihat lebih sebagai slogan kosong, sedangkan hakikatnya mereka dijangka tetap bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bersama DAP untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Bahkan, wujud dakwaan yang kesediaan Khairy Jamaluddin kembali kepada UMNO juga bertujuan memperdayakan orang Melayu, walaupun kemasukannya dijangka tidak memberi perubahan ketara kepada keadaan sebenar.

Kenyataan terbaharu Ahmad Zahid mengenai hasrat parti untuk terus bekerjasama rapat dengan blok PH bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU), mengukuhkan pandangan yang langkah ini berpotensi memberi impak negatif terhadap kelangsungan UMNO.

Sementara itu, PKR yang sedang bergolak dan berpecah kepada dua kelompok pula dilihat akan memberi keuntungan politik kepada Perikatan Nasional (PN), khususnya Pas, yang berpeluang menarik sokongan rakyat.

Hal ini berlaku memandangkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang mengemudi negara ini, dikatakan masih belum menegakkan keadilan sepenuhnya. – UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN