Pengecualian cukai nafas baharu sektor perikanan

Pengecualian cukai nafas baharu sektor perikanan

PENGECUALIAN cukai jualan membantu mengurangkan kos input pengeluaran penternak akuakultur berskala kecil, sekali gus meningkatkan margin keuntungan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKSANAAN Dasar Cukai Jualan Bil. 1/2026 memperuntukkan pengecualian cukai jualan ke atas bahan mentah bagi pembuatan makanan haiwan, baja dan racun perosak, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. 

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat langsung kepada sektor akuakultur melalui pengurangan kos input pengeluaran serta peningkatan daya saing industri. 

Berdasarkan data 2025, sektor akuakultur negara melibatkan seramai 14,918 orang penternak, merangkumi 3,224 penternak akuakultur air payau, 11,039 penternak akuakultur air tawar dan 655 penternak ikan hiasan air tawar. 

Pada tahun yang sama, pengeluaran akuakultur negara mencecah 512,000 tan metrik dengan anggaran sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perikanan sektor akuakultur sebanyak RM3,136 juta, bersamaan 0.2 peratus daripada KDNK negara sukuan ketiga. 

Pengecualian cukai jualan ini membantu mengurangkan kos input pengeluaran penternak akuakultur berskala kecil, sekali gus meningkatkan margin keuntungan, peningkatan produktiviti serta pemerkasaan rantaian nilai sektor agromakanan secara mampan dan berdaya tahan. 

Langkah ini turut menyokong pemerkasaan ekonomi luar bandar serta memperkukuh keterjaminan bekalan makanan negara selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0). 

Langkah ini amat signifikan dalam mengoptimumkan kos pengeluaran, meningkatkan kecekapan rantaian bekalan, serta memacu pelaksanaan DAN 2.0. 

Ia merupakan satu anjakan penting ke arah memperkukuh keterjaminan makanan negara dan memastikan kelestarian sektor akuakultur dalam mendepani cabaran ekonomi global. 

Jabatan Perikanan akan terus memperkasa sektor akuakultur melalui pendekatan bersepadu merangkumi dasar, sokongan teknikal dan kerjasama strategik bersama semua pihak berkepentingan selaras dengan hala tuju DAN 2.0. -UTUSAN

 

JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN