PETALING JAYA: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di enam negeri dengan dijangka berlaku sehingga 10 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca itu membabitkan Kedah (Sik dan Baling) serta Hulu Perak di Perak.
Amaran itu turut membabitkan Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Kuantan).
Keadaan sama juga diramal melanda Sarawak, membabitkan kawasan Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau) manakala di Sabah, Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.-UTUSAN










