Di bawah kepimpinan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dapat dilihat pelbagai transformasi dilaksanakan demi meningkatkan kesejahteraan warga pendidik dan murid di seluruh negara. Usaha ini jelas memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap realiti sebenar di lapangan, khususnya beban tugas guru yang semakin kompleks. Terbaharu, pengumuman pemansuhan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) pastinya disambut dengan senyuman lega oleh guru-guru kerana mengurangkan tekanan dokumentasi dan memberi ruang kepada mereka untuk lebih fokus kepada…










