POLITIK Malaysia kini berdepan tuntutan baharu daripada rakyat yang semakin matang dan kritikal. Di sebalik perbezaan ideologi, kaum dan latar belakang, keutamaan rakyat tetap jelas, iaitu kepimpinan yang berintegriti, adil serta mampu mengurus perbezaan secara berhemah demi kestabilan negara. Politik yang berteraskan nilai sejagat seperti kejujuran, amanah, keadilan dan tanggungjawab semakin dilihat sebagai asas penting kepada usaha penyatuan nasional. Pendekatan ini bukan sahaja berperanan meredakan ketegangan politik, malah membantu membina…










