SELARI aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan gagasan Malaysia Madani, bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus melakar kemajuan menerusi pelaksanaan Program Industri Dalam Kampus (IOC). Program ini bukan sekadar inisiatif baharu, sebaliknya menjadi pemangkin penting reformasi TVET dengan membawa suasana, budaya kerja dan piawaian industri sebenar ke dalam kampus. Melalui IOC, pelajar tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran teori. Sebaliknya, didedahkan secara langsung kepada amalan industri melalui…









