SELARAS dengan perkembangan semasa terhadap isu penahanan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro oleh pasukan khas dari Amerika Syarikat (AS), tindakan serupa juga perlu diambil terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas jenayah perang yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin. Memandangkan AS kini bersemangat untuk menjadi polis dunia dan menguatkuasakan undang–undang secara sendiri dengan mengunakan kuasa tentera mereka, tindakan undang-undang yang sama juga harus diambil terhadap Netanyahu atas dakwaan jenayah perang yang sedang…










