DALAM dunia pendidikan tinggi semakin kompleks, pentadbir akademik memainkan peranan jauh lebih besar daripada apa yang dapat dilihat secara zahir. Mereka bukan sekadar penyandang jawatan atau pelaksana rutin, tetapi arkitek sistem akademik bagi memastikan universiti beroperasi secara tersusun, kompetitif dan mematuhi piawaian antarabangsa. Jika pensyarah ialah wajah universiti, pentadbir akademik ialah jantungnya. Tanpa mereka, tidak mungkin wujud sistem program, takwim, penilaian, akreditasi, atau operasi akademik yang konsisten. Namun, tugas ini…










