Hidupkan semula koperasi luar bandar

Hidupkan semula koperasi luar bandar

PERTUBUHAN peladang perlu fokus pada ahli akar umbi melalui unit koperasi berasaskan aktiviti ekonomi tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEMBAGA Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 1973 melalui penyerapan pegawai-pegawai Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian ke dalam agensi itu.

Pembentukan LPP menyaksikan koperasi luar bandar yang dikenali pada waktu itu sebagai syarikat kerjasama diserapkan ke dalam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai unit ahli manakala persatuan peladang yang mengguna pakai model persatuan peladang Taiwan dimansuhkan. Ahli-ahlinya menjadi ahli di PPK.

Proses penyerapan dua buah institusi penting luar bandar ke dalam PPK melibatkan 600,000 penduduk luar bandar.

Bekas pegawai JPK di LPP ialah mereka yang berpengalaman luas dalam membangunkan koperasi luar bandar, manakala anggota baharu pula ditugaskan menutup koperasi-koperasi yang masih wujud, khususnya yang masih memiliki aset seperti tanah ladang hasil pemberian kerajaan negeri.

Persoalannya. mengapa koperasi-koperasi tersebut mesti ditutup setelah berusaha payah dibangunkan?

Koperasi ditubuhkan berdasarkan aktiviti ahli yang seterusnya diperkembangkan. Ia akhirnya menjadi alat global untuk memajukan penduduk luar bandar. Manakala pertubuhan peladang ditubuhkan berdasarkan kawasan pengendalian pertubuhan yang hanya memberi tumpuan kepada pertubuhan khususnya di peringkat negeri, (Pertubuhan Peladang Negeri, PPN) dan peringkat kebangsaan (Pertubuhan Peladang Kebangsaan, NAFAS).

Manakalan ahli PPK yang sekian lama menganggotai badan tersebut dan sebagai pemilik saham tidak pernah menerima penyata tahunan atau sebarang pembahagian keuntungan.

PPN dan NAFAS sedang bergiat aktif dalam bidang ekonomi tetapi tidak mencerminkan sebagai sebuah pergerakan.

NAFAS memiliki kilang baja bukan semata-mata untuk membekalkan baja pada harga istimewa kepada ahli tetapi untuk menyertai tender kerajaan. Walaupun begitu, ahli masih menerima manfaat secara tidak langsung melalui skim subsidi baja kerajaan.

Dalam pada itu, terdapat PPN yang terlibat dalam kegiatan pemprosesan ayam dengan mendapatkan bekalan daripada penternak berskala besar dan menjualnya di pasaran terbuka. Aktiviti ini langsung tidak berkaitan dengan ahli akar umbi (ahli PPK).

Pertubuhan peladang perlu kembali ke asas untuk memberi impak sebenar kepada sasaran. Fokus perlu diberikan kepada ahli di peringkat akar umbi dengan menubuhkan unit koperasi berdasarkan aktiviti mereka.

Aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk diceburi ahli perlu dikenal pasti, termasuk ternakan lembu, pengeluaran susu segar, ayam bertelur serta penanaman buah-buahan bernilai tinggi, terutamanya memandangkan negara masih bergantung kepada import untuk memenuhi keperluan domestik.-UTUSAN

MOHAMED YUSOFF YAHYA
Batu Gajah, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×