KITA menyangka bahasa Melayu masih utuh tetapi sebenarnya rohnya sudah mulai luntur dalam keranda nasionalisme yang kita bina sendiri. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bukan sekadar angka tetapi jiwa kebangsaan kita. Namun hari ini, jiwa itu semakin tenggelam dalam lautan hipokrasi. Bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi nafas identiti kebangsaan kini hanya tinggal rangka kata-kata tanpa roh, disimpan dalam keranda faham kebangsaan yang sempit. Perkara 152 seharusnya menjadi nyawa kepada identiti Malaysia.…










