BARU-baru ini, isu ketelusan pemilihan pelajar ke institut pengajian tinggi (IPT) hangat diperkatakan. Setiap IPT mempunyai mekanisme dan kriteria tersendiri yang perlu dipatuhi dalam proses pemilihan pelajar. Kriteria kemasukan ini tidak boleh ditetapkan atau diubah sesuka hati. Ia perlu melalui pelbagai tapisan, perbincangan dan kelulusan di peringkat tertinggi sebelum dimasukkan dalam garis panduan rasmi. Garis panduan pemilihan dibuat untuk memastikan pelajar yang terpilih sesuai dengan kehendak program, layak dan berkemampuan…










