ISTILAH Napoleon kecil merujuk kepada individu dalam hierarki pertengahan atau rendah yang bertindak seperti diktator. Walaupun kuasa sebenar mereka terhad, mereka bertindak seolah-olah memiliki kuasa mutlak, bahkan kadangkala menjadi pengawal pintu (gatekeeper) yang setiap keputusan penting perlu melalui mereka. Kehadiran mereka umpama virus yang meresap perlahan ke dalam budaya kerja, tidak membunuh segera, tetapi merosakkan dari dalam. Ini mencerminkan krisis integriti, disiplin dan kepimpinan dalam perkhidmatan awam mahupun organisasi swasta.…










