TEGURAN di tempat kerja sememangnya bentuk komunikasi yang penting untuk membina pasukan lebih baik, meningkatkan mutu kerja dan memperbaiki kesilapan yang mungkin berlaku. Namun begitu, ada ketikanya cara teguran itu disampaikan menjadi isu bukan kerana seseorang itu enggan ditegur tetapi kerana dilakukan dengan tidak berhemah dan tidak kena pada tempatnya. Dalam budaya kerja profesional, prinsip asas seperti menghormati maruah dan ruang peribadi wajar dijadikan panduan utama. Menegur secara terbuka di…










