BARU-baru ini ketika berada di Osaka, Jepun untuk melawat World Expo, saya berpeluang melihat sendiri bagaimana sistem tol di sana berfungsi dengan amat lancar. Kenderaan yang saya naiki memandu terus dengan kelajuan normal di plaza tol, sehingga saya dan keluarga menjerit menyuruh pemandu kenderaan kami untuk memperlahankan kenderaan. Pemandu tersebut ketawa dan menerangkan bahawa kamera mengesan nombor plat secara automatik, bayaran ditolak melalui pilihan pembayaran yang ditetapkan oleh pengguna, dan…










