Pakatan negara Islam bantu selesai kezaliman Israel

Pakatan negara Islam bantu selesai kezaliman Israel

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

USAHA penubuhan pakatan tentera Islam membabitkan negara-negara Islam ala pertubuhan perjanjian Atlantik Utara (NATO) merupakan cadangan yang terbaik bagi menangani ancaman Israel.

Perkara ini dapat dilihat apabila rejim Israel dengan sombong dan angkuh menyerang negara Islam seperti Palestin, Lubnan, Syria, Yaman dan Qatar.

Pakatan ketenteraan ini pernah dilaksanakan pada 2015 membabitkan 40 buah negara Islam bagi menangani ideologi pelampau seperti Al Qaeda, JI, Daulah Islamiah dan lain-lain. Maka, pakatan ketenteraan negara Islam ini amat penting bagi menangani kedegilan rejim zionis yang bermaharajalela.
Pakatan ketenteraan negara Islam ini bagi mempertahankan umat Islam yang dizalimi dan dibunuh sewenangnya oleh rejim Zionis dan juga golongan kuffar.

Walaupun pakatan sepatutnya dilaksanakan sejak idea Israel Raya. Mereka menjajah Palestin yang merupakan kiblat pertama umat Islam, namun boleh dilaksanakan sekarang demi keamanan global.

Maka, kami berharap agar dapat mempertimbangkan beberapa cadangan penambahbaikan berikut:

– Pengajaran sejarah Islam
Negara-negara Islam wajar mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan kerajaan Islam yang berpunca daripada kerakusan kuasa Barat dan Zionis terhadap umat Islam.

– Solidariti sesama umat Islam
Negara-negara Islam seharusnya membantu golongan yang teraniaya, khususnya di Gaza, Palestin, sebagaimana pesan Rasulullah SAW bahawa umat Islam ibarat satu tubuh yang saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain.

– Kekuatan ekonomi umat Islam
Negara-negara Islam pengeluar minyak boleh memperkukuh kekuatan ekonomi dengan tidak menjual minyak kepada negara yang menzalimi umat Islam. Tindakan seperti ini pernah dilakukan oleh Raja Faisal pada 1970 sehingga kerajaan Amerika Syarikat (AS) tunduk kepada ketetapan beliau.

– Mengelakkan perbalahan mazhab
Negara-negara Islam wajar meninggalkan perbalahan furuiyyah dalam isu mazhab serta mencapai titik persamaan demi perpaduan dan kekuatan bersama.-UTUSAN

DR. ZUNAIDDIN IBRAHIM
Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×