SAYA mewakili rakan-rakan industri memohon agar pelantikan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) dapat dilakukan dalam tempoh terdekat sebelum memasuki Tahun Melawat Malaysia 2026.
Beberapa negeri yang tidak meletakkan Islam selaku agama rasmi seperti Korea, Taiwan dan Jepun begitu aktif memain peranan menarik pelancong Islam menerusi inisiatif bersesuaian seperti expo, makanan halal, penjagaan kebersihan dan sebagainya.
Kementerian Pelancongan perlu mengambil tindakan segera sebagai pihak berkuasa yang memainkan peranan aktif dalam memacu pertumbuhan ekonomi di sektor ini.
Tambahan pula, Malaysia terkenal dengan sikap mesra pelancong, menitik berat isu halal selain kepelbagaian budaya merupakan satu tarikan untuk direbut segera.
Sesuatu merugikan jika ITC diletakkan di Malaysia namun negara ini tidak merebut peluang yang ada.-UTUSAN
PELANCONG MUSLIM
Bangi, Selangor










