DI balai komuniti, kantin sekolah, atau ruang menunggu klinik, rakyat sering berbicara tentang kepimpinan, bukan dalam istilah politik besar tetapi realiti seharian. Mereka berharap agar pemimpin benar-benar memahami apa yang dilalui rakyat. Harapan ringkas ini mencerminkan kerinduan terhadap menteri yang bukan sekadar berilmu tetapi berakar umbi dalam bidang yang mereka pimpin. Hal ini paling ketara dalam portfolio seperti Pendidikan, Kesihatan dan Hal Ehwal Agama. Keputusan yang dibuat di kementerian ini…