Elakkan pembaziran di majlis kenduri

Elakkan pembaziran di majlis kenduri

RAMAI tetamu mengambil makanan secara berlebihan melebihi kemampuan untuk dihabiskan hingga menyebabkan berlakunya pembaziran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CUTI sekolah yang baru berlalu diserikan lagi dengan cuti tambahan sempena sambutan Deepavali. Kesempatan ini memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak bercuti, selain menghadiri pelbagai jemputan kenduri.

Boleh dikatakan hampir setiap hari sepanjang cuti sekolah berlangsung, terdapat majlis kenduri sama ada di kampung atau taman perumahan.

Namun, dalam kemeriahan tersebut, isu pembaziran makanan sering berlaku. Sama ada majlis dijalankan secara gotong-royong atau melalui pengusaha katering, masalah ini tetap timbul.

Ramai tetamu mengambil makanan berlebihan, lebih daripada kemampuan untuk dihabiskan. Nasi putih, nasi minyak atau beriani bersama lauk-pauk seperti ayam masak merah atau daging, akhirnya dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah. Keadaan ini bukan sahaja mendatangkan rasa kesal, malah merugikan tuan rumah.

Bayangkan jika 1,000 tetamu hadir dengan kos makanan sekitar RM12 hingga RM15 seorang. Jika makanan dibazirkan, kerugian besar perlu ditanggung oleh tuan rumah. Lebih malang apabila majlis yang dirancang rapi untuk menjadi kenangan indah bertukar menjadi perbualan tidak enak tetamu yang menganggap makanan tidak mencukupi.

Untuk mengatasi masalah ini, pengacara majlis boleh memainkan peranan penting. Mereka boleh mengingatkan tetamu secara berkala supaya mengambil makanan sekadar yang mampu dihabiskan.

Walaupun nampak janggal, langkah ini mampu mendidik tetamu menghargai rezeki. Selain itu, sikap tuan rumah yang menyebut jemputan ‘sekeluarga’ juga perlu difahami dengan tepat. Ia merujuk kepada ahli serumah, bukan anak-anak yang sudah berkeluarga sendiri, bagi mengelakkan kekeliruan dan kekurangan makanan.

Pembaziran adalah perbuatan yang ditegah. Setiap kali kita membuang makanan, kenanglah saudara-saudara kita di Palestin yang berjuang untuk sesuap rezeki, malah ada yang terkorban ketika menunggu bantuan makanan.

Semoga kita semua saling mengingatkan antara satu sama lain agar lebih berhemah ketika menjamu selera. Majlis kenduri seharusnya meninggalkan kenangan manis, bukannya pembaziran yang merugikan.-UTUSAN

CIKGU JAMAL
Kuala Rompin, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×