PERSATUAN Pengurusan Pembersihan Malaysia (MACM) masih menunggu pelaksanaan kontrak pembersihan berasaskan prestasi seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan dua tahun yang lalu. Ini kerana pelaksanaan kontrak berasaskan prestasi (PBC) dijangka mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan pembersihan dan kebersihan dalam negara. Jika sebelum ini penilaian prestasi kontraktor lebih tertumpu kepada bilangan pekerja yang dibekalkan serta kerja yang dilaksanakan sementara PBC menekankan penilaian berdasarkan kualiti dan hasil kerja. Di bawah PBC, kontraktor perlu memastikan…